Wednesday, 16 December 2015

A Moment

Akan ada satu moment dimana kau akan letih. Letih gila parak punya letih. Sampai kau sendiri tak tau apa lagi yang boleh kau buat. Letih rasa satu badan and even kau boleh rasa letih sampai ke otak and even kau boleh rasa jantung dah malas nak berdenyut. Bila ada satu ketika itu kau rasa baik baring je and let everything macam tu je.

Akan ada satu moment plak bila mana kau rasa kau liar. Liar gila. Aktif. Bernafsu. Segala bagai kau rasa nak terkam je. Apa2 pun kau rasa boleh dapat on the spot and teruskan upacara melempiaskan nafsu serakah yg gila2. Kau sanggup gali lubang cacing sekalipun untuk kau dapat lempiaskn semuanya. Kau rasa yang apa2 pun boleh kau buat supaya semua jadi terkawal.

Akan ada plak satu moment. Kau tak rasa letih, kau tak rasa liar. Tapi apa yang kau buat, kau tulis blog. ^_^


Selamat Malam. Assalamualaikum.

Saturday, 28 November 2015

Dah ada isi. =D


part yg Daddy hilang tu mmg awesome.

Post.

Tak tahu nk post apa lar weih..

Life? aku tak de life nak story apa2.

Sekarang?

tengah layan bola Lions XII & Pahang.

Tgk dorg gomol masing2.

budak hafis Lions saje je aku tgk pegang kangkang player Pahang.

dh habis main bola, meh dtg KL ye Hafiz. XD

Wednesday, 28 October 2015

Kau

Aku tidak pernah menyesali apa yg terjadi antara kau dan aku.

Cuma, aku mengharapkan agar kita tidak perlu berkenalan malah tidak berjumpa walaupun sekali.

Pedih, parah, sakit hati merasakan apabila kau terpaksa melangkah pergi jauh dari hati.

Aku rasa macam nak putar balik masa agar kau dan aku tidak mengenali satu sama lain.

Kini kau sudah menjadi hak milik kekal orang lain.

Apa lagi aku boleh buat, cuma memerhati.

"Kita masih macam dulu kan. Saya masih sayang pada awak. Saya tau awak masih sayang pada saya. Kan?"

Persoalan yang kau sendiri tahu akan jawapannya.

Tapi dulu lain, sekarang lain.

Kau bukan lagi seperti dulu yang mana hati, jiwa, perasaan milik aku.

Ada seorang yang memerlukan hati, jiwa, perasaan kau daripada aku.

Apa yang aku boleh pinta daripada kau? Aku tak pernah timbulkannya, malah aku terdiam sendiri.

Kau cuba memberi harapan menyatakan bahawa semua akan tetap menjadi sama tidak berubah.

Tapi aku tidak merasakan yang sama.

Tangis aku, tawa aku, senyum aku, tidur aku semuanya dalam keseorangan.

Hati, jiwa, perasaan aku, milik sesiapa sahaja yang mahu, yang tak mahu mereka buang sahaja.

Aku menjual segalanya dengan harapan dapat melupakan kau.

Ya, aku cuba untuk melupakan kau. Aku cuba sedaya upaya. Segala kudrat upaya yang aku ada aku gunakan agar aku dapat lupakan kau. Segala kudrat. Segalanya.

Aku tidak dapat menerima hakikat sebenar, sedangkan luarannya aku lagak sepert aku bisa menerima segala ketentuan-Nya.

Aku sakit. Aku tanggung sendiri. Aku gembira, aku kongsi sendiri. Pergi mana tawa kita bersama?

Penyesalan kini tiada gunanya lagi.

Aku sudah menjual segalanya. Jual. Bagi.

Aku sendiri tidak mengenali siapa aku.

Aku. Bukan aku lagi. Kini, esok atau selamanya.

Yang lepas itu mungkin Aku, tp bukan untuk hari ini dan seterusnya.


Saturday, 10 October 2015

fuhhh (2)

aku macam nak menyembur fuhhh untuk kali yg kedua, tapi kesian jugak untuk pmbaca tegar blog aku ni.. hahaha..

*kalau ada lar pmbaca tegar.. hahaha..

saje nak menulis, sbb tak nak bagi berhabuk, and keep updating so that people still know i'm still here..

banyak masa terluang kini dh kembali padat. hidup bujang, tak de pembimbing mcm ni lar..

ada ssiapa nk jadi imam aku.. ^_^

*c ya ;)

Wednesday, 7 October 2015

fuhhhhh..

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh

fuhhh


FUHHHHH.. Penat tiup sawang dalam blog ni.. aku risau, nnt sawang ni naik balik.. hehe..

selamat malam guys. moga mimpi indah2 belaka ye.. jgn mmpi aku sudah ler, nightmare katanya..

Assalamualaikum..

Friday, 1 May 2015

Mentari menjengah


Assalamualaikum n Selamat Pagi semua.. Semoga pagi ini kita semua dicucuri rahmat dan moga keberkatan subuh dikurniakn hingga ke subuh esok hari.. Semoga juga sepanjang hari ini urusan kita dipermudahkan segalanya..

Mentari, kau menjengah dunia memberi ruang utk aku dia mereka membuat perihal kami utk memuaskan nafsu kami..

Bukan perihal kau malah bukan salah kau apabila kami berdosa,
Kau memberi khidmat sebagai hamba-Nya kpd aku dia mereka,
Terpulang pada kami untuk gunakan khidmat kau sebaiknya demi kebaikan kami sendiri atau sebaliknya..

Mentari, kau melihat kau lincah di atas muka bumi ini.. Ke sana ke mari, ulanh alik, tidak berhenti.. Dari Timur sampai ke Barat, kau perhatikan kami tidak lekang dari bekerja..

Mentari, sinaran kau membuat kehidupan seluruh muka bumi ini lengkap.. Kau melengkapi aku dia mereka dan lain2 utk terus melangsungkan kehidupan kami..

Terima Kasih.
Mentari.
Ye, kau setia bersama kami.

Mentari.
Kau.
Setia.

Wednesday, 29 April 2015

Bulan menjemput..



Amat aku rindukan bulan, tapi apakan daya hujan di malam hari..
Bulan kau jelma tika beberapa detik menjelang subuh..
Sungguhpun begitu, tetap aku menunggu dan setia melihat kau hingga detik terakhir..

Moga kita dapat bertemu hari esok..
Akan ku tunggu setia jelma nya kau..

Ye, aku tunggu.
Setia menunggu.
Tunggu.
Aku.
Setia.




*Jemput dinner ye para pembaca, rakan2 sekalian..*


Saturday, 25 April 2015

Malam Tadi

Aku : Hurmm.. Saya dh mula rasa kusut.. Serba tak kena ja..

Kwn P : Kenapa ni?? Cuba cerita sikit.


Bermula lah perbualan aku dengan seorang kwn perempuan aku ni.. aku kenal dia pun kawan atas kawan.. She is supportive and byk nasihat.. Dia seorang yang bg aku elok orangnya, and dia sendiri buat association sendiri bersama dengan kwn and bekas pensyarah dia. association utk social-entrepreneurship, which is very good and noble.. huhu..

lepas sesi luahan perasaan, tiba2 terdetik kat hati aku,

' Kalau lah aku boleh kahwin, lepas habis semua ni aku akan masuk pinang kau.. '

tp, ternyata tu semua angan2 aje.. aku sendiri tak mampu nk bahagiakn diri aku, apatah lagi nak bahagiakn org lain... dia begitu sempurna, sedangkan aku cuma cibisan sampah yg lori sampah pun tak nak kutip -_-"

mmg tak disangkal, aku semenjak masuk sem baru ni, tido tak pernah ikut waktu.. pernah aku tak tido 2mlm berturut.. serba tak kena, serba tak jadi je semua benda..

pelbagai cubaan dugaan menimpa.. masalah?? ini semua bukan masalah, tp dugaan cubaan yg diberi oleh Tuhan Yg Maha Penyayang.. aku sndiri tak tau aku mampu pikul segala masalah ini atau tidak..

penat, letih, lemau segala benda ada.. belum pkir masalah bf.. hahaha.. ok abaikan part tu..
aku dah lama tak merasa indahnya sesebuah kejayaan, aku nak sangat kali ini aku dapat merasakan keindahan itu sekali lagi, dan buat kali terakhir sebelum aku menjejakkan kaki ke alam pekerjaan yg lebih banyak dugaan dan cubaan..

rakan2 sebaya aku kebnyakan nya dah bekerjaya sekarang, malah ada yg dh khwen and even berkenderaan sendiri dan rumah sendiri.. tp aku??

aku lambat "berjalan" di dunia nyata, sekarang aku masih lagi dalam proses bangun semula selepas terjatuh beberapa minggu lepas.. sungguh aku tak sangka, setiap arah yg aku pergi, ada sahaja mulut dan mata yg bercakap dn memerhati.. mulut yg berkata sinis pedas, mata yg melihat atas kebawah..

sesungguhnya ini semua dugaan.

aku rasa aku patut beredar dlu, kepala dah mula berdenyut.. doakan aku, dia dan mereka dapat terus hidup, dan mmpu menghadapi segala kesukaran..

Assalamualaiku..

Friday, 17 April 2015

Serabut sebenarnya,,

Dalam keserabutan dan pressure yg amat kuat sekarang aku malas nak pikir psl research/keje.. so, pg2 ni aku buka blogger and duk belek2 apa yg patut..

usha2 jgk kot2 ada org komen, ada jgk org komen blog kosong ni.. thnx ye.. =)

next, aku tgk followers, mcm ada muka baru.. nampak sgt aku jarang update kan.. hahaha..

aku klik sorg2 tgk and scroll blog sorg2 followers.. bukannya stalk, ini namanya mengenali.. hehehe..

dari segi penulisan, update, aku boleh nmpak followers aku ni bukan calang2 orang.. dari org prtama yg follow, smpai yg paling latest.. masing2 punya kehebatan and aura tersendiri..

dari yg post merapu (*isi masa lapang), yg psl peribadi pun ada, masalah keluarga, belum kira masalah putus cinta, kena rampas pihak ketiga, vacation, study, keje, sihat sakit, etc.. kdg2 boleh buat bahan gelak jgk kalau baca post sorg2..

kalau ada story psl sedih, aku pun turut rasa sedih and berdoa agar segalanya dipermudahkan..
yg happening, tu aku senyum je sorng2.. haha.. duk berangan kalau lah aku jadi si penulis tu, aku pun rasa happy giler.. tak de lar rasa burden stress mcm skarang ni.. hahaha
cerita pasal agama, alhamdulillah, ada sket ilmu aku dpt dr blog2 org2 senget ni.. hehehe =D
ada jgk yg post video, layan lagu dlm blog..

aku nk post khusus utk every each of my followers, susah kot.. sbb aku pun tak bnyk masa nk update blog ni.. bila ada masa luang, itu pun tak tentu.. lepas aku decide utk put aside keje aku, bru aku rasa nk bukak and update..

Hidup tak selalunya indah, Langit tak selalu cerah.

so, nak tak nak aku akan mngadap jugak research semua ni.. aku harap lah semuanya berjalan lancar.. i have to start from the scratch, penat, tp nk buat mcm mna.. terpksa, kalau tak, mmg smpai bila2 xhbis belaja, hbiskn duit mak bapak aje. ^_^"

Have a great weekend guys,, aku doakn korg semua bahagia selalu and harap semuanya dipermudahkan urusan..

Bg mereka yg bergembira, ingtlah mereka yg kurang bernasib baik..
Bg mereka yg kurang bernasib baik, ingtlah masih ada mereka2 yg tidak bernasib baik..
Bg mereka yg tidak bernasib baik, ingatlah, sesugguhnya, Allah itu Maha Penyayang, dan mnguji setiap insan dengan perkara yg mereka terdaya..

till here guys..

assalamualaikum..

Monday, 13 April 2015

1st time..

Assalamualaikum..

1st time aku try post guna apps "Blogger" dalam phone.. Kalau menjadi, maybe its easier for me to update everything here only by my phone..

Kalau nak mengadap laptop, susah sikit since aku ni duk sebilik dengan budak str8.. Nampak aku tulis story mcm pelik plak.. Hahaha..


Siap boleh attach gmbr lagi.. Ini mmg nice.. Hehe..

Aku rasa rmai blogger luar sana yg dh lama guna apps ni.. Same goes to me, cuma bru kali ni aku rasa nk cuba update since blog aku dh bersawang..

Ohhh, ckp psl sawang aku tringt satu kisah.. Bila aku bersama dgn budak2 kecik byk je bnda yg aku tersedar..

*************************************

Cikgu : "Ok murid2, pagi ni kita kemas kelas ok.. Kita sapu lantai, buang sawang dn bersihkan sudut belakang kelas ye.."

Budak2 : "Baik cikgu.."

Lepas bbrpe minit kemudian,
Budak A : "Weihhh.. Janganlah.. Kau ni jahat.. Dia baik tau.."

Cikgu : "Kenapa ni A?? Tak nak gaduh.."

Budak A : "Dia cikgu, dia halau labah2 tu.. Kesian labah2 tu, lpas tu dia nk bunuh plak.. Mana boleh.."

Cikgu : "Tak pe lah A.. Kan kita nak kemas kelas.. Nak bersihkan sawang2 sekali.."

Budak A : "Tapi cikgu, labah2 tu baik.. Dulu masa Rasulullah S.A.W. kena kejar dengan org jahat, labah2 jugak yg jadi bodyguard org jahat.. Dia jaga gua Rasulullah S.A.W.."

Cikgu mula terdiam.. Dan terpaku..

********************************

Cuba kita tempatkan diri kita kat tmpat cikgu tu.. Apakah jawapan kita?? Apa perlu kita tnggalkan keadaan sedemikian tnpa jawapan?? 

Aku?? Huhu.. Pasti aku akan terdiam.. Ilmu didada sungguh cetek, apatah lagi amalan aku..

Fikir2kn sejenak ye guys..


Selamat Malam.. Assalamualaikum.. 😊😊

Saturday, 28 March 2015

Selamat Malam..

aku melihat jam tangan, menunjukkan 2.30.. 2.30 pagi baru aku balik dari keje dan discussion..

aku turun dari motor, biarkan motor bertongkat satu, helmet dibuka dan diletakkan di atas seat motor.. sempat aku lihat sekeliling, sebelum aku mangga tayar depan motor kemudian matikan enjin motor..

sebelum berjalan, sempat aku mengambil helmet di atas motor.. dengan bahu menggalas beg sandang yang sarat dengan 3 buah buku tebal , beserta dengan laptop untuk discussion tadi...

sebelum sempat aku naik tangga, aku ternampak kerusi batu dibawah.. tanpa berlengah lagi, aku duduk dsitu, dan kluarkan nasi lemak yang aku beli jam 8 mlm tadi.. asal tak basi, boleh sumbat perut,

aku bentangkan plastik di atas meja, kemudian buka bungkusan nasi lemak, dn dilteakkan nasi lemak di atas plastik.. ye lah, meja tak berapa nak bersih.. alas plastik pun dh cukup baik..

makan nasi lemak pun dah tak rasa nasi lemak.. sambil makan, aku belek jugak telefon.. kuis sana sini telefon aku.. mana tau tiba2 keluar notification, "Anda menang 1 Juta Dolar !!" Berangan saja walaupun bnda tu smpai kiamat pun tak berlaku.. hurmmm. 1Juta?? atau bnda lain yg aku tunggu..

sambil makan, sempat aku asingkan kacang goreng. tak berapa gemar aku makan kacang goreng, lagi2 "siang2" macam ni.. nak berus gigi cnfirm lar malas, baik tido trus..

selesai makan. bngkus, then buang je kt tong terdekat.. aku boleh rasakan aku naik tangga umpama gajah.. menapak satu persatu.. huhu.. penat tak terkira..

masuk je bilik.. bau harum semerbak.. hurmmm.. tak ksah lar weih. asal aku tak kacau ssiapa dah lar.. sebelum aku hempas badan atas katil, baik aku salin seluar n baju.. trus aku capai towel then bngkus pinggang ke lutut..

sebab "rajin", aku mandi dari leher ke bawah je, malas nk cuci rmbut dh.. cukup lah tangan aku capai mana je yg patut.. selesai mandi, then aku wudhu'.. langsaikn hutang yg belum selesai..

hurmmm.. selesai semua perkara yg perlu, aku sekali lagi menatap telefon.. hurmmm.. mmg larh xde nak mngharap sangat.. tp, aku sndiri tak tau perasaan aku mcm mna.. bergetar mmg tak kira masa telefon aku ni, tp psl keje, study.. mcm xde warna plak..

tak pe lah.. cukup lah aku sibukkan diri aku dengan perkara yg sepatutnya.. aku penuhkan jadual aku setiap hari siang dan malam.. supaya aku tak fikir dan tak mncari..

Selamat Malam Guys.. Assalamualaikum...

Abah ni..

Abah ni.. 

Kenapa pergi dulu?

Kenapa tiba-tiba? Tak pesan apa-apa pun..
Tunggu lar orang balik dulu..
Orang nak salam, nak cium pipi..
Orang takut orang lupa..
Macam mana kulit abah, macam mana senyum abah..
Orang tak nak lupa..

Tunggu lar orang balik dulu..
Orang beli baju melayu abah sepasang dengan adik..
Kain lembut, licin, sejuk pakai untuk solat..
Tak de lah orang tengok abah balik solat Jumaat berpeluh..
Abah kan suka kain lembut licin..
Tapi abah tak sempat pakai pun, tengok pegang apatah lagi..
Tunggu orang balik bagi baju tu dulu..

Kenapa abah pergi dulu..
Tak tunggu..
Orang rindu abah..


*bukan nukilan asli penulis.. Sekian..

Saturday, 14 March 2015

Biarkanlah ~ by Drama Band

Semua pernah tercipta
Seakan terhapus sudah segala
Tak mampu ku kembali
Biarkan saja berakhir di sini
Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu
Biar hancur harapku
Lepaskanlah
Aku pergi demi bahgiamu
Semua janji terbina
Seakan sudah tiada bermakna
Tak mampu ku kembali
Biarkan saja berakhir di sini
Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu
Biar hancur harapku
Lepaskanlah
Aku pergi demi bahgiamu
Selagi kita masih bersama
Semakin ku terluka
Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu
Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu
Biar hancur harapku
Lepaskanlah semuanya
Aku pergi demi bahgiamu
Aku pergi demi bahgiamu
Aku pergi demi bahgiamu


Friday, 13 March 2015

Jumaat (13-03-2015)

apa ingat aku mainan?
apa ingat aku sampah?

kau datang..
kau dekat..

kau berpuitis..
kau berkata manis..

apa kau ingat aku tiada perasaan??
apa kau ingat aku tidak peduli??

kata2 kau semburkan bagai esok semuanya indah..
kata2 kau manis membuat aku terapung di udara..

apa dulu kau kata hidup bersama..
apa dulu kau kata tidur bersama..

tapi begitu mudah kau lupa..
begitu mudah kau tukarkan semuanya..

hahahaha..
hahahaha..

lumrah kehidupan..
mengajar erti kematangan..

luka?? mana ada..
sedih?? lagi tak ada..

just keep smiling..
jalan macam biasa..

pagi aku berlari..
petang aku berenang..

sabtu tengok wayang..
ahad tido..

rutin kebiasaan kehidupan aku..
biarlah semuanya keseorangan..

asalkan aku bahagia..
dan tidak bermain hati manusia yg lain..

biarlah aku menjadi org terakhir yang kau lukai..


Monday, 9 March 2015

serius otak aku serabut..

serabut..

serabut..

aku sendiri dah rasa bingung..

perasaan, emosi..

bermain seribu benda.. 

bukak phone, tutup..
bukak lappy, scroll atas bawah, tutup..
baring, duduk, berjalan..

apa benda yang aku fikir aku sendiri tak tau..

looking for something..
tapi apa dia??

***************************************************

"I bukan apa.. sometimes i just feel lonely.. That's all.."

"Alah you ni, lonely ye.. Padahal i tgk insta fb slalu je keluar makan sana sini dengan kawan.."

"Kawan lain lah.. With them, mmg lar makan borak benda2 keje jgk.."

"Ok lah tu.. at least ada jugak peneman kan.."

"Alaaaa.. Kawan lain.. You sure lain.."

"I lain?? Ingat i ni apa?? Alien?? Hantu??"

"Hahaha.. Gigit nakk?? Bukan macam tu.. cuma you of course special.. bukan je i boleh borak n makan2 dengan you, i even can feel your warm.. itu pun kalau you sudi.."

"Apa yg you nak cuba sampaikan??"


***************************************************

otak aku meliar..

kejap sana kejap sini..

memang aku tak nafikan, kerap aku kemalangan..

asbabnya adalah otak aku yang tak pernah fokus pada satu..

mata duk sibuk tgk jalan, tp otak dah melayang kemana..

its easy to say, but its hard to do..

nak teruskan sebuah kehidupan penuh kepura-puraan..

perasaan pun turut berlakon..

ini semua demi kebahagiaan org yg aku tak pasti..

dia mahu pergi atau mahu kekal disisi..

MAMPUS.. apa aku nak kesah..

bawak diri je sudah.. tak perlu fikir lagi..

MAMPUS..

MAMPUS..

aku jua kelak yg merasa kepedihan..
yup, itu aku pasti..


*tiada kena mengena yg hidup atau mati, penulis ata pembaca.

Wednesday, 4 March 2015

Kau.dan.Aku.

Dari jauh aku melihat kau,
selama ini hanya menatap wajah di dalam telefon semata,
kini aku dapat melihat dengan lebih nyata,
kau mengukir senyuman dari jauh.

Kau berjalan segak tegak dan tegap,
mengenakan baju kemeja berkotak lengan pendek,
menampakkan bidang seorang lelaki berotot,
bersama jeans "straight-cut" berkasut hitam.

Kau berhenti dihadapan aku,
kau menghulurkan tangan untuk bersalam.
sekali lagi senyuman kau ukirkan di wajah,
Assalamualaikum ucapan pertama kau.

Aku membalas dengan Wa'alaikumussalam,
tangan aku hulur menyambut salam,
senyuman ku ukir menambah kemesraan,
hati aku mula berdegup kencang.

"Kau jangan expect macam2 dengan aku.."
kata2 yang kau berikan melalu pesanan WhatsApp,
dengan sekeping gambar yang kau hantar,
hanya bahagian kepala tidak menunjukkan susuk badan.

"Poyo lah kau kan.. Aku tak kisah, asal tak obvious sudah."
balas aku secara santai,
berserta "smiley" terjelir lidah,
aku tergelak keseorangan.

Kau dan aku berjalan seiringan,
kau orangnya tinggi,
ketinggian aku hanya mencecah bahu kau,
dua orang bagai langit dan bumi.

Kau yang membawa profil seorang profesional,
aku membawa diri sebagai seorang pelajar tahun akhir,
dua darjat yang sangat berbeza,
bagai bintang bersinar cerah dan bulan bersinar malap.

Aku bagaikan hilang dalam gelap,
ingin cuba berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah,
tetapi itu semua mustahil,
apatah lagi aku yang tidak punya apa-apa.

***********************************************

*semua diatas hanyalah rekaan semata-mata hanya untuk memuaskan fantasi pihak penulis.. ^_^

Tuesday, 3 March 2015

Lucu

HAHAHAHAHA,,,

gelak besar dlu baru start tulis..

persoalan yang aku terima secara personal adalah :

 >>> Kenapa background blog gajah?? then, header kucing.. PELIK..

Kenapa tak kucing dan ikan? or bapak ayam and anak ayam.. tak pun, bapak ayam and anak ikan.. kenapa gajah and kucing??

secara jujurnya, tak de jawapan yang spesifik dari aku.. aku just google wallpaper theme Animal untuk aku buat background.. then aku jumpa lar gajah.. yg lain tak lawa.. plus, aku suka Black and White.. 

aku manusia yang agak simple but complicated.. hahaha.. nampak benor complicated.. asal nampak sesuai cantik itu dh ok bg aku.. so, untuk blog aku tak suka main banyak warna sangat so aku pilih lah si GAJAH hitam putih ni.. 

untuk si KUCING plak.. 

aku suka kucing.. cuma aku ni sensitif dengan kucing sbb aku memang jenis selesema tak berhenti dgn bulu kucing.. hahaha.. sampai kecik2 dulu, mak aku bising kalau aku main dengan kucing.. bila dh besar ni tak de lah kena marah, mak aku siap bagi makan kucing yang datang rumah.. sbb anak2 dh besar and pndai jaga diri.. so kat rumah tu dah penuh kucing blakang rumah, datang makan.. bila xde makanan mulah lah bising bangooo... 

dulu ada bela 5 ekor kucing datang.. bela sampai bulu habis lebat.. dah lebat sedap gomol ttbe boleh hilang plak.. nasib baik mak kucing tu kenal rumah, balik jgk rumah.. yang anak2 hilang dh tak jumpa.. ttbe satu hari, mak bawak anak2 balik, tgk2 anak2 semua dh ada kolar kucing siap tulis nama kucing and alamat rumah.. pesan mak aku,

Biarlah nak.. orang lain mungkin jaga lebih baik dari kita jaga dia.. lagipun kamu semua dh besar, bukan nak duk rumah.. nnt dah pergi belajar siapa nak jaga..
So, dengan keterpaksaan biarlah mereka pergi.. huhu.. sedih mmg sedih, tapi mak kucing ni je yg satu2nya setia dengan mak ayah aku.. mak ayah aku siap update dalam group whtsapp family lagi,

Tengok ni.. si Ummi ni sibuk menggesel dengan ayah hang pa.. nasib baik kucing, kalau tak ibu dah suruh ayah tido luar dah..
Hahaha.. si Ummi ni mak kucing tu lah.. dia akan tnggu kat parking kete tunggu kete balik.. kalau ayah aku gi keje, ptg2 tu dia dh tnggu dh kat pagar rumah.. bila je kluar kete meow lah dia.. dia akan ikut lah ayah aku gi blakang rumah, tnggu masa dia bg makan..

kucing liar ni senang nak jaga.. tak payah risau sgt kencing berak dorg.. family aku sediakn pasir tmpat buang najis.. and yang aku tak boleh blah, boleh plak dia sibuk berak kat pokok ubi mak aku.. Hahaha.. mak aku xde lah nak bising sgt.. mak aku sempat lagi cakap,

Pi jirus BO anak2 korang tu.. bg jadi baja.. untung2 korang jgk makan ubi baja anak2 tu.. hahaha..

Aduhhhh.. mmg tak lah bila pkir macam tu kan.. so, korek lar najis dorg tu, letak atas surat khabar lama then letak balik dlm bekas pasir.. tnjuk kt dorg mana "toilet" dorang yg sebenar.. then, dlm semnggu je, trus semua BO n PU kat bekas tu.. mudah..

aku plak sibuk mengomel pasal kucing..

setel pasal gajah n kucing ye.. c ya..

Assalamualaikum
Selamat Malam..


En.Suami 2


"Assalamualaikum sayang.." 
"Wassalam.. Ye B.. Tak busy hari ni?" 
"Banyak keje lar sayang.. Stress, saja nak dengar suara sayang je.. Bagi hilang stress.." 
"Ni kan lunch hour B.. Dah makan? Zuhur dah?" 
"Belum sayang.. Stress pun tak hilang lagi. Tak de selera nak makan pun.." 
"Selera tak de nak makan ye.. Solat kira selera tak?" 
"Hehehe.. Ok2.. Nnt B solat ye.. Nak rest for a while, dengar suara manja sayang ni, then B pergi solat ok.." 
"Ok B.. Hari ni bawak bekal or makan luar??" 
"Hari ni B bawak bekal.. Jimat sikit macam sayang pesan.. Hehehe.." 
"Ok B.. Awok tu kena makan banyak ye.. Tau B.." 
"Baik boss.. Roger !! Muuaahhh" 
"Ni apa kes muaahh tibe2 ni??" 
"Kes rindu dengan suami kita ni.." 
"Hehehe.. Pandai amik hati ye.." 
"Ok sayang.. B nak prgi solat dulu then baru lunch.. Sambil lunch boleh buat keje sikit kat ofis ni.." 
"Ok my dear B.. Banyakkn minum air kosong tau B.. Sayang rindu B... Muuahh.." 
"Ni apa kes tiba2 muahh ni??" 
"Kes rindu dengan suami kita.. Hehehe.." 
"Esok nak hire peguam.. Ada orang curi ayat B.." 
"Make sure peguam yg handsome segak tau.. Hehehe.." 
"Sempat lagi menggatal ye.. Love You Sayang.." 
"Love you to B.. Assalamualaikum" 
"Wa'alaikumussalam Sayang." 

Tuesday, 24 February 2015

En.Suami


Aku membuka kunci 'grill' rumah aku, kemudian mempersilakan dia untuk masuk dahulu. Setelah dia masuk, dia membuka kasut beserta stokin dan susun rapi di tepi laluan masuk. Rumah aku kecik, setara 'studio house' tetapi mempunyai satu bilik master bersama tandas. Selepas pintu masuk rumah, ada meja makan, di sebelah kiri aku ada bahagian dapur lengkap dengan semua perkakas, di sebelah luar dapur ada mesin basuh yg terbiar.. 
Tanpa perlu berbicara, dia meletakkan plastik barangan rumah di atas meja makan, kemudian meletakkan beg baju di atas kerusi berdekatan. Aku perhatikan tingkah lakunya sambil aku menggantung kunci di sebelah pintu rumah dengan perlahan. Dia bagaikan sudah biasa, mengeluarkan barangan kering kemudian meletakkan di atas meja. Kemudian barang2 basah diletakkan di dalam sinki dapur yang terletak tidak jauh dari meja makan.. 
 Sedang sibuk dia mengemas barang2 dapur atas meja makan, aku sempat merangkul pinggangnya dan cium di bibirnya..
"Kenapa rajin sangat ni??"
"Tak de lah, mana ada rajin. Just bawak barang keluar dari plastik je.. Nnt you kemas sendiri ye.." katanya sambil menjelir lidah.
"I bawak you balik ni ingat you boleh tido lena?? You jangan balik sebelum you setel laundry, vacuum and mop rumah.."
"Kalau mcm tu, bagi I barang2 nya, then I'll do the rest.." 
"Of course Sayang.." 
Elok aku tangan kanan aku di pinggangnya, tangan kiri aku mula merangkul lututnya dari belakang, kemudian terus aku angkat masuk ke dalam bilik.. Tangannya peluk erat leher aku.. 
**********************************************
Jam 7.00 pagi aku bangun lihat tiada siapa disisi.. Aku bangkit dan duduk di sisi katil.. Sebelum aku berdiri, aku lihat dia masuk ke bilik berkain pelikat dan bersinglet.. 
"Bangun pukul berapa? Tak kejut pun.." 
"6.50 tadi.. ni baru selesai subuh.. Bangun2 terus siap2 subuh.. Ni baru nak kejut.. Sorry Sayang.." 
"Ok Sayang.. Ok2.. I nak subuh gajah jap.." 
"Here your towel.."
***********************************************
"Sayang, kenapa you kena balik hari ni?? Kita spend time tak lama pun.. 2 hari mana cukup.. I'll be missing you like crazy.." 
"Nak buat macam mana, kita sama2 stay with housemates, U keje, I blaja.. Weekends if your housemates tak de baru kita boleh jumpa.." 
"Kita sewa serumah nak?" 
"I tak mampu Sayang. Rumah sewa I tu kongsi sewa 10 orang.. Lagipun tempat U keje and study I kan jauh.. Sayang jangan risau ok, I still Sayangkan U" 
Sebelum aku membuka pintu keluar rumah, dia sempat menarik tangan ku dari belakang membuatkan aku terpaling memandangnya.. Kucupan dari dia ku terima..Ku rangkul pinggangnya, dan merapatkan badannya.. 
"Terima Kasih Sayang.."  
***********************************************

Saturday, 14 February 2015

Post tertangguh..

berbalik pada post aku yg sebelum ni.. ada dua jawapan dr pengunjung setia blog aku ni.. 
thnx to Shin and Mr. Nov..

Expectation aku berbeza mengikut jantina. Kalau perempuan: aku expect gambar aku. Hahaha. Kalau lelaki: Please jangan letak gambar aku atau letak gambar orang lain, letak gambar parents or family dibenarkan. Kalau gambar (lelaki) lain, alamatnya hancur berderailah phone tu. :P
Memang lah sweet letak gambar kita kat phone tapi kalau kantoi, kan susah nak menjawab? Gambar berdua pun ok jugak selagi tak obvious dan diklasifikasikan sebagai U. Hehe
by, Mr Nov..

of coz la kalo shin ada couple.. shin akan happy kalo dia letak gambar shin.. kalo x letak pon x pe.. jgn letak gambo org len udah.. walopon artis.. kenot #watmukajeles
by, Shin..

and yup, mmg tak disangkal lagi kita sebagai PLU yg kurang nak exposed kita tak nak bf/couple kita obviously put our contacts ada unsur2 "istimewa"..

but, guess what.. aku betul2 dapat layanan "istimewa".. apakah nama contact aku dalam phone dia,

"hahaha.. x kenal.."

the reason why dia letak mcm kat atas, 
"alaaaa.. xde apa pun,, org lain tak kenal, tp i kenal you siapa -_^"

speechless..

selamat malam..
assalamualaikum..

Thursday, 5 February 2015

Persoalan ~~~

Aku agak sibuk dengan kerja buat masa ini.. and esk pagi aku akan keluar kawasan..

and, aku ada something nak tulis, tapi masa tak mengizinkan..

aku ingin bertanyakan soalan buat anda pembaca2 blog..

Soalan :
"Apakah yang anda 'expect' pada paparan yang akan muncul di skrin hp kekasih hati anda ??"

Sila tinggalkan jawapan anda diruangan komen dibawah..

Saya akan update sejurus pulang dari out-station.. 
tak lama, smpai selasa depan je..

^_^

Friday, 30 January 2015

Nope

Bahagia, susah nak ungkap dengan kata2.. ILOVEYOU mungkin senang nak ucap, tapi susah menzahirknnya, apatah lagi bab batin.. people nowadays make sex semata2 demi endless fun katanya, tp sampai bila??

why dont us, stop making sex, and start a new thing, MAKE LOVE.. is it difficult for us to try this??

MAKE LOVE is something different dengan sex biasa.. its ONLY happen when both parties are loving each other.. satu pihak je mmg tak cukup.. sex mmg sedap, aku tak nafikan.. tp tak tahan lama pun.. kita tak kenal pasangan kita mcm mna, how really clean they are? what really they after?

kenapa tak duduk semeja, kenal background, yeah notty sometimes is ok.. kau ketawa bermesra, ketawa nampak gigi pun pun tak apa.. talking nice w each other..

MAKE LOVE ini tak fokus pada bahagian tertentu2, it will involve every inch of your body.. ternyata aku tak suruh kau jilat sampai ibu jari kaki dia, tapi kau akan rasa total satisfaction..

do i need to elaborate more about MAKE LOVE? tak perlu kot, aku rasa semua orang tahu.. kalau dah pandai bukak and cari blog about PLU ni, sah2 xde lagi yg naive dsini.. hahaha..

having fun is ok, but please guys, w manners..

*meh belajar buat roti nutella.. lagi sedap dari apa yg aku sebut kat atas.. hehe ^_^

Wednesday, 28 January 2015

Unexpected

aku ada sedikit kekeliruan sebenarnya.. aku ada kenal mamat sorang ni.. He's nice, good looking, and modest.. tapi mcm biasa, bila laki bwk kereta ni, mulut bukan main.. hahaha..

the thing is, bila aku and dia kenal, everything was so fine, not perfect.. and aku bersedia untuk "bersama" dengan dia.. since the day 1, we decide to be together, dia selalu ungkit and cerita pasal kahwin, having children.. and frankly speaking, aku tak kisah kalau dia nak kahwen and bahagia bersama isteri, cuma aku harap lepaskan aku.. we can be friends..

for about one month bersama, akhirnya dia mengaku dia dh bertunang and will getting marry end of this year.. aku tercengang, speechless, wordless, termangu.. prinsip aku pada,

"KATAKAN TIDAK PADA TUNANG AND SUAMI ORANG !!!"

simple and easy.. aku tak kacau hidup orang and orang tak kacau hidup aku.. tapi, bila benda ni terjadi, aku serius tak tau nk buat apa.. yeahhh, maybe one month bersama tu skejap, tp aku dh mula menaruh harapan pada dia.. semuanya punah.. since then aku mula sibukkan diri aku, but we still contact each other.. aku keliru and tak tau apa patut aku buat..

i want to say BYE but i just cant.. susah, setiap kali apabila bertemu, susah aku nak cakap perkara ni.. at least aku nak cakap, Let's be friend.. ayat tu pun susah nk kluar dari mulut aku.. 

aku takut, one day, karma tak baik kembali pada aku.. 

pening..


Tuesday, 20 January 2015

Cooti..

please dont mis-pronounce the title ye ;)

waktu cuti sudah mula menjengah.. aku mengambil peluang untuk buat part-time.. not common part-time yg org buat kat mall or seumpama dengannya, tapi perkara pertama/baru buat aku.. part-time as a tutor..

for beginning, aku ada hantar resume pada sebuah pusat tuisyen, basically my background is more to mathematics, and dia ada cakap yang pengajar untuk matematik ni dah ramai.. but, they still take me as one of their Math's tutor.. so, early of January, aku dh dapat kelas handle budak2 primary school, standard 1,2&3.. Darjah 1,2&3 they combine in one class, so bayangkan aku kena handle budak2 ni at one time..

tak ramai pun, since 2 orang (Darjah1), 1 orang (Darjah2) and 2(Darjah3).. total is 5.. cuma nya, aku tak boleh nak ajar pakai white board, since all of them have different syllabus, but with same topics.. kecuali aku ajar budak Darjah1, then aku bleh pakai white board since Standard 2&3 memang dah cover..

the main problem is not about the syllabus nor teaching method. tapi budak2 nya Ya Rabb.. hanya Allah je yang tahu.. their clumsiness, laziness, roughness, degil.. aduihhhh.. mmg kena byk sabar kalau nak handle budak2.. they are not easy as i thought.. ingt handle budak2 ni sonang je, tp kepala tangan pusing nk mikir.. nsib baik kaki ni tak pusing skali..

and one thing aku suka pusat tuisyen ni adalah sebab its 1 Malaysia.. haha.. budak kelas aku ada sorang Indian.. and this boy really active and pakai kawan dgn budak2 Melayu yang lain,and budak2 Melayu yg lain pun boleh borak pukul tampar without hesitate..

what can i say about my part-time ~~~ AWESOME beb..

aku tak pernah pun terfikir akan masuk dunia mengajar ni, since aku paling tak suka nak mengajar apatah lagi mengawal kesabaran demi budak2.. so, from this experience, aku boleh rasa yang aku boleh belajar something.. now, tak sampai sebulan aku mngajar, and i think i will continue this until the end of the year, MAYBE.. haha..

till then guys.. SEE YA..

*alang2 tu aku nak letak video TARZAN ;)  have fun guys..



Sunday, 11 January 2015

Dalam Diam

Hari ini Sunday.. Ahad yang mengejutkan.. haha.. Nothing interesting, cuma aku nak share story pasal perkara yang agak membuat aku terkelu..

dalam diam tak diam, dah lama jugak aku terjebak dengan dunia PLU ni.. bagi budak yg seusia aku, mgkin boleh dkatakan agak lama.. i'm not that young, but i'm not that old..

and 1st skype account aku adalah semata2 untuk dunia PLU.. and untuk apa?? hahaha.. lu pikir sendiri.. to know people in this kind of "world" while looking for cyber-fun.. and masa dlu skype ni kurang popular, yang popular adalah MiRC and Yahoo Messenger (YM).. i'd prefer YM sbb tak susah nk connect mcm MiRC..

tak silap aku, around 2008/2009, aku ada kenal sorang mamat ni nama dia Abe (bukan nama sebenar).. Abe ni bukan budak local semenanjung, and datang semenanjung untuk belajar and bekerja.. simple life and str8 pada dasarnya.. and becoming senget since datang KL..

tapi apa yang aku tak sangka, hari ni tiba2 dia msj..

Abe : Weih.. ada mana?? aku dah nak sampai ni..

Aku : Ada je kat area sini.. study sikit ada paper lagi ni..

Abe : Oh ye ke.. busy lar ni?

Aku : tak de lar sangat.. by 12pm aku balik rest kat bilik.. eh cop... td kau ckp kau nk sampai mana?

Abe : aku kat area tmpat blaja kau ni.. ingt nk ajak kau lepak..

Aku : Serius r weih... hahaha.. waitt.. tnggu dlm 15-20 mins study aku dh hbis.. hahaha..

Abe : Study lar.. tak nak aku kcau kau..

Aku : Nope bro.. you're here.. tunggu jap.. aku kat KFC ni.. kalau kau dh smpai berdekatan roger..

Abe : Aku mmg dh kat KFC dh ni.. aku tunggu kat luar ni k..

Aku : Roger & Out !!

hahaha.. korang nampak tak?? gigihnya aku sanggup habiskn discussion within 15-20 mins.. have to guys.. mamat yang since 2008/2009 skang 2015 baru aku dapat jumpa dia.. and, aku sangat happy giler dpt jumpa Abe ni..

He's a nice guy.. dalam chat tak pernah dgr suara dia, dlm skype/ym pun kalau oncam suara tak berapa nak jelas.. bila dh jumpa dia, dgr dia cakap dialek tmpat asal dia, mcm comel je.. hahaha..

mnyesal plak dari dulu tak jumpa.. now he's already partnered for more than 2yrs.. untung jd bf dia, sbb dia ni sweet yang tak over..

tapi tadi pun tak de lar nak lepak mana pun, sbb bf org kan..kalau angkut lama2 marah plak bf dia yek.. hahaha.. so td gi beli baju kat shop (F&S) baru bukak then luncheon sama2.. lepas tu dia balik KL dh.. itu je beb.. haha..

aku dh kenal dia lama, and kitrong mmg chat dlm wechat je selepas aku silent dr alam maya.. but seriously, aku jeles dgn dia sbb dia sweet dgn bf dia.. hahaha..

till then guys..

sebelum tu, aku nk korg tgk video abam2 askar Malaysia plak. please, not 18SX video and NO PLU subjects.. aku saje2 je letak sebagai entertainment..

C U guys..


Saturday, 10 January 2015

Abam Bomba (U)

Assalamualaikum n Hi..

sedang2 aku tak de keje, aku layan 9gag.tv.. scroll punya scroll terjumpa lar satu video ni..

take a look guys.

WARNING : Tontonan UMUM (U)
General Views
No such 18SX ;)


video abam bomba sador yang boleh ditonton umum.. 
(U) rated ye.. no such 18SX things.. 

hahaha..

uniform + ensem + sador + kumis yg nice = lelaki idaman..

hahaha.. berangan di malam hari..

Woot Woot

NOT ME !!
Assalamualaikum.. Hype..

This is not my first attempt on blogging. Banyak dah before this aku try, tapi due to some reasons banyak yang tergadai and dilupakan sehingga aku pun lupa username and password.. 

but now i'm back..

looking forward to write something useful for me and readers. hahaha.. kalau ada readers ye..
nothing interesting about me.. i will write my opinion about some issues, and my pleasure to have your comments and any opinions form other side..

and another reasons why i create this blog, due to some bloggers (PLU especially), their writing really make my day.. and yeah, i would like to credit them as my inspiration in writing.. but, not now of course..

AND HELL YEAH !!

i'm not a good writer and absolutely not good in English.. so, this is one of the medium for me to practice my English writing. and of course, any correction due to my grammar, bad writing, please do tell me.. my pleasure to learn something from my writing..

ok.. till then..

we'll meet again...

Thanks ;)