Wednesday, 28 October 2015

Kau

Aku tidak pernah menyesali apa yg terjadi antara kau dan aku.

Cuma, aku mengharapkan agar kita tidak perlu berkenalan malah tidak berjumpa walaupun sekali.

Pedih, parah, sakit hati merasakan apabila kau terpaksa melangkah pergi jauh dari hati.

Aku rasa macam nak putar balik masa agar kau dan aku tidak mengenali satu sama lain.

Kini kau sudah menjadi hak milik kekal orang lain.

Apa lagi aku boleh buat, cuma memerhati.

"Kita masih macam dulu kan. Saya masih sayang pada awak. Saya tau awak masih sayang pada saya. Kan?"

Persoalan yang kau sendiri tahu akan jawapannya.

Tapi dulu lain, sekarang lain.

Kau bukan lagi seperti dulu yang mana hati, jiwa, perasaan milik aku.

Ada seorang yang memerlukan hati, jiwa, perasaan kau daripada aku.

Apa yang aku boleh pinta daripada kau? Aku tak pernah timbulkannya, malah aku terdiam sendiri.

Kau cuba memberi harapan menyatakan bahawa semua akan tetap menjadi sama tidak berubah.

Tapi aku tidak merasakan yang sama.

Tangis aku, tawa aku, senyum aku, tidur aku semuanya dalam keseorangan.

Hati, jiwa, perasaan aku, milik sesiapa sahaja yang mahu, yang tak mahu mereka buang sahaja.

Aku menjual segalanya dengan harapan dapat melupakan kau.

Ya, aku cuba untuk melupakan kau. Aku cuba sedaya upaya. Segala kudrat upaya yang aku ada aku gunakan agar aku dapat lupakan kau. Segala kudrat. Segalanya.

Aku tidak dapat menerima hakikat sebenar, sedangkan luarannya aku lagak sepert aku bisa menerima segala ketentuan-Nya.

Aku sakit. Aku tanggung sendiri. Aku gembira, aku kongsi sendiri. Pergi mana tawa kita bersama?

Penyesalan kini tiada gunanya lagi.

Aku sudah menjual segalanya. Jual. Bagi.

Aku sendiri tidak mengenali siapa aku.

Aku. Bukan aku lagi. Kini, esok atau selamanya.

Yang lepas itu mungkin Aku, tp bukan untuk hari ini dan seterusnya.


2 comments:

  1. Bukan mudah untuk melupakan sesuatu yang amat bermakna didalam kehidupan, yang sudah sebati di dalam kehidupan harian kita. Kadang-kadang bukan kerana kita rindukan 'sidia' tapi kita rindukan rutin yang pernah kita lakukan dengan 'sidia'. Amat menyakitkan..

    ReplyDelete