Saturday, 25 April 2015

Malam Tadi

Aku : Hurmm.. Saya dh mula rasa kusut.. Serba tak kena ja..

Kwn P : Kenapa ni?? Cuba cerita sikit.


Bermula lah perbualan aku dengan seorang kwn perempuan aku ni.. aku kenal dia pun kawan atas kawan.. She is supportive and byk nasihat.. Dia seorang yang bg aku elok orangnya, and dia sendiri buat association sendiri bersama dengan kwn and bekas pensyarah dia. association utk social-entrepreneurship, which is very good and noble.. huhu..

lepas sesi luahan perasaan, tiba2 terdetik kat hati aku,

' Kalau lah aku boleh kahwin, lepas habis semua ni aku akan masuk pinang kau.. '

tp, ternyata tu semua angan2 aje.. aku sendiri tak mampu nk bahagiakn diri aku, apatah lagi nak bahagiakn org lain... dia begitu sempurna, sedangkan aku cuma cibisan sampah yg lori sampah pun tak nak kutip -_-"

mmg tak disangkal, aku semenjak masuk sem baru ni, tido tak pernah ikut waktu.. pernah aku tak tido 2mlm berturut.. serba tak kena, serba tak jadi je semua benda..

pelbagai cubaan dugaan menimpa.. masalah?? ini semua bukan masalah, tp dugaan cubaan yg diberi oleh Tuhan Yg Maha Penyayang.. aku sndiri tak tau aku mampu pikul segala masalah ini atau tidak..

penat, letih, lemau segala benda ada.. belum pkir masalah bf.. hahaha.. ok abaikan part tu..
aku dah lama tak merasa indahnya sesebuah kejayaan, aku nak sangat kali ini aku dapat merasakan keindahan itu sekali lagi, dan buat kali terakhir sebelum aku menjejakkan kaki ke alam pekerjaan yg lebih banyak dugaan dan cubaan..

rakan2 sebaya aku kebnyakan nya dah bekerjaya sekarang, malah ada yg dh khwen and even berkenderaan sendiri dan rumah sendiri.. tp aku??

aku lambat "berjalan" di dunia nyata, sekarang aku masih lagi dalam proses bangun semula selepas terjatuh beberapa minggu lepas.. sungguh aku tak sangka, setiap arah yg aku pergi, ada sahaja mulut dan mata yg bercakap dn memerhati.. mulut yg berkata sinis pedas, mata yg melihat atas kebawah..

sesungguhnya ini semua dugaan.

aku rasa aku patut beredar dlu, kepala dah mula berdenyut.. doakan aku, dia dan mereka dapat terus hidup, dan mmpu menghadapi segala kesukaran..

Assalamualaiku..

8 comments:

  1. Put urself 1st before others .. make urself happy dulu baru boleh bahagiakan orang lain ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes.. thnx Numan..
      rindu lar org swiss XD

      Delete
  2. think positive je la.. jgn lemahkan semangat diri sendiri.. kejayaan orang lain bukan pengukur sebenar kebahagiaan yak kita cari.. masalah org len kita sendiri x tau walo pon org tu kita rasa dia serba serbi sempurna di mata kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha Allah shin.. thnx..
      appreciate that.. yg pnting senyum kan. ;-)

      Delete
  3. Setiap dari kita masing-masing ada kisah silam, Semua org boleh berubah kalau itu yg kita mahukan. Tak payah tension sgt. Kalau kau ada terdetik nak "peristerikan" dia, then kau kena start upgrade diri kau sikit2. Papepun aku support kau. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah.. alhamdulillah aku makin stabil.. =)
      thnx

      Delete
  4. ak pon salu pikir psl hal kawen tu..tp ak xmmpu utk kawen..so,ak t'pksa wat2 'ignore' jer..haha...you are luckier than me...dun worry k...

    ReplyDelete