Tuesday, 24 February 2015

En.Suami


Aku membuka kunci 'grill' rumah aku, kemudian mempersilakan dia untuk masuk dahulu. Setelah dia masuk, dia membuka kasut beserta stokin dan susun rapi di tepi laluan masuk. Rumah aku kecik, setara 'studio house' tetapi mempunyai satu bilik master bersama tandas. Selepas pintu masuk rumah, ada meja makan, di sebelah kiri aku ada bahagian dapur lengkap dengan semua perkakas, di sebelah luar dapur ada mesin basuh yg terbiar.. 
Tanpa perlu berbicara, dia meletakkan plastik barangan rumah di atas meja makan, kemudian meletakkan beg baju di atas kerusi berdekatan. Aku perhatikan tingkah lakunya sambil aku menggantung kunci di sebelah pintu rumah dengan perlahan. Dia bagaikan sudah biasa, mengeluarkan barangan kering kemudian meletakkan di atas meja. Kemudian barang2 basah diletakkan di dalam sinki dapur yang terletak tidak jauh dari meja makan.. 
 Sedang sibuk dia mengemas barang2 dapur atas meja makan, aku sempat merangkul pinggangnya dan cium di bibirnya..
"Kenapa rajin sangat ni??"
"Tak de lah, mana ada rajin. Just bawak barang keluar dari plastik je.. Nnt you kemas sendiri ye.." katanya sambil menjelir lidah.
"I bawak you balik ni ingat you boleh tido lena?? You jangan balik sebelum you setel laundry, vacuum and mop rumah.."
"Kalau mcm tu, bagi I barang2 nya, then I'll do the rest.." 
"Of course Sayang.." 
Elok aku tangan kanan aku di pinggangnya, tangan kiri aku mula merangkul lututnya dari belakang, kemudian terus aku angkat masuk ke dalam bilik.. Tangannya peluk erat leher aku.. 
**********************************************
Jam 7.00 pagi aku bangun lihat tiada siapa disisi.. Aku bangkit dan duduk di sisi katil.. Sebelum aku berdiri, aku lihat dia masuk ke bilik berkain pelikat dan bersinglet.. 
"Bangun pukul berapa? Tak kejut pun.." 
"6.50 tadi.. ni baru selesai subuh.. Bangun2 terus siap2 subuh.. Ni baru nak kejut.. Sorry Sayang.." 
"Ok Sayang.. Ok2.. I nak subuh gajah jap.." 
"Here your towel.."
***********************************************
"Sayang, kenapa you kena balik hari ni?? Kita spend time tak lama pun.. 2 hari mana cukup.. I'll be missing you like crazy.." 
"Nak buat macam mana, kita sama2 stay with housemates, U keje, I blaja.. Weekends if your housemates tak de baru kita boleh jumpa.." 
"Kita sewa serumah nak?" 
"I tak mampu Sayang. Rumah sewa I tu kongsi sewa 10 orang.. Lagipun tempat U keje and study I kan jauh.. Sayang jangan risau ok, I still Sayangkan U" 
Sebelum aku membuka pintu keluar rumah, dia sempat menarik tangan ku dari belakang membuatkan aku terpaling memandangnya.. Kucupan dari dia ku terima..Ku rangkul pinggangnya, dan merapatkan badannya.. 
"Terima Kasih Sayang.."  
***********************************************

13 comments:

  1. U ... patut la tak boleh lupa. Kehkeh.

    ReplyDelete
  2. 1. Confused jap, kau student tapi sekarang buat part time kan? Bf kau student?
    2. Please grant me a wish. make an entry about him. Kenal macam mana? Haha sorry curious.

    Bahagia eh kau sekarang, jeles ni :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. ada certain things aku tak boleh nak story kat sini Mr.Nov.. yes, i can share with you privately kalau nak...

      2. In sha Allah. tapi aku tak janji.. ada sebab2nya.. ;-)

      hahaha.. bahagia?? harap nya begitu ;)

      Delete
    2. Aku ok je :) So kau nak share thru apa? Send email kat aku bro. Aku pun sebenarnya tak paksa kau reveal semuanya. Mana yang kau rasa selesa untuk share.

      Delete
  3. "Elok aku tangan kanan aku di pinggangnya, tangan kiri aku mula merangkul lututnya dari belakang, kemudian terus aku angkat masuk ke dalam bilik.. Tangannya peluk erat leher aku.. "

    apa yang jadi lepas tu? ekekekeke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. dsbbkn blog ni dh tak boleh buat "explicit content", so xbleh crita kt sini.. haha

      Delete