Saturday, 28 March 2015

Selamat Malam..

aku melihat jam tangan, menunjukkan 2.30.. 2.30 pagi baru aku balik dari keje dan discussion..

aku turun dari motor, biarkan motor bertongkat satu, helmet dibuka dan diletakkan di atas seat motor.. sempat aku lihat sekeliling, sebelum aku mangga tayar depan motor kemudian matikan enjin motor..

sebelum berjalan, sempat aku mengambil helmet di atas motor.. dengan bahu menggalas beg sandang yang sarat dengan 3 buah buku tebal , beserta dengan laptop untuk discussion tadi...

sebelum sempat aku naik tangga, aku ternampak kerusi batu dibawah.. tanpa berlengah lagi, aku duduk dsitu, dan kluarkan nasi lemak yang aku beli jam 8 mlm tadi.. asal tak basi, boleh sumbat perut,

aku bentangkan plastik di atas meja, kemudian buka bungkusan nasi lemak, dn dilteakkan nasi lemak di atas plastik.. ye lah, meja tak berapa nak bersih.. alas plastik pun dh cukup baik..

makan nasi lemak pun dah tak rasa nasi lemak.. sambil makan, aku belek jugak telefon.. kuis sana sini telefon aku.. mana tau tiba2 keluar notification, "Anda menang 1 Juta Dolar !!" Berangan saja walaupun bnda tu smpai kiamat pun tak berlaku.. hurmmm. 1Juta?? atau bnda lain yg aku tunggu..

sambil makan, sempat aku asingkan kacang goreng. tak berapa gemar aku makan kacang goreng, lagi2 "siang2" macam ni.. nak berus gigi cnfirm lar malas, baik tido trus..

selesai makan. bngkus, then buang je kt tong terdekat.. aku boleh rasakan aku naik tangga umpama gajah.. menapak satu persatu.. huhu.. penat tak terkira..

masuk je bilik.. bau harum semerbak.. hurmmm.. tak ksah lar weih. asal aku tak kacau ssiapa dah lar.. sebelum aku hempas badan atas katil, baik aku salin seluar n baju.. trus aku capai towel then bngkus pinggang ke lutut..

sebab "rajin", aku mandi dari leher ke bawah je, malas nk cuci rmbut dh.. cukup lah tangan aku capai mana je yg patut.. selesai mandi, then aku wudhu'.. langsaikn hutang yg belum selesai..

hurmmm.. selesai semua perkara yg perlu, aku sekali lagi menatap telefon.. hurmmm.. mmg larh xde nak mngharap sangat.. tp, aku sndiri tak tau perasaan aku mcm mna.. bergetar mmg tak kira masa telefon aku ni, tp psl keje, study.. mcm xde warna plak..

tak pe lah.. cukup lah aku sibukkan diri aku dengan perkara yg sepatutnya.. aku penuhkan jadual aku setiap hari siang dan malam.. supaya aku tak fikir dan tak mncari..

Selamat Malam Guys.. Assalamualaikum...

Abah ni..

Abah ni.. 

Kenapa pergi dulu?

Kenapa tiba-tiba? Tak pesan apa-apa pun..
Tunggu lar orang balik dulu..
Orang nak salam, nak cium pipi..
Orang takut orang lupa..
Macam mana kulit abah, macam mana senyum abah..
Orang tak nak lupa..

Tunggu lar orang balik dulu..
Orang beli baju melayu abah sepasang dengan adik..
Kain lembut, licin, sejuk pakai untuk solat..
Tak de lah orang tengok abah balik solat Jumaat berpeluh..
Abah kan suka kain lembut licin..
Tapi abah tak sempat pakai pun, tengok pegang apatah lagi..
Tunggu orang balik bagi baju tu dulu..

Kenapa abah pergi dulu..
Tak tunggu..
Orang rindu abah..


*bukan nukilan asli penulis.. Sekian..

Saturday, 14 March 2015

Biarkanlah ~ by Drama Band

Semua pernah tercipta
Seakan terhapus sudah segala
Tak mampu ku kembali
Biarkan saja berakhir di sini
Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu
Biar hancur harapku
Lepaskanlah
Aku pergi demi bahgiamu
Semua janji terbina
Seakan sudah tiada bermakna
Tak mampu ku kembali
Biarkan saja berakhir di sini
Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu
Biar hancur harapku
Lepaskanlah
Aku pergi demi bahgiamu
Selagi kita masih bersama
Semakin ku terluka
Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu
Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu
Biar hancur harapku
Lepaskanlah semuanya
Aku pergi demi bahgiamu
Aku pergi demi bahgiamu
Aku pergi demi bahgiamu


Friday, 13 March 2015

Jumaat (13-03-2015)

apa ingat aku mainan?
apa ingat aku sampah?

kau datang..
kau dekat..

kau berpuitis..
kau berkata manis..

apa kau ingat aku tiada perasaan??
apa kau ingat aku tidak peduli??

kata2 kau semburkan bagai esok semuanya indah..
kata2 kau manis membuat aku terapung di udara..

apa dulu kau kata hidup bersama..
apa dulu kau kata tidur bersama..

tapi begitu mudah kau lupa..
begitu mudah kau tukarkan semuanya..

hahahaha..
hahahaha..

lumrah kehidupan..
mengajar erti kematangan..

luka?? mana ada..
sedih?? lagi tak ada..

just keep smiling..
jalan macam biasa..

pagi aku berlari..
petang aku berenang..

sabtu tengok wayang..
ahad tido..

rutin kebiasaan kehidupan aku..
biarlah semuanya keseorangan..

asalkan aku bahagia..
dan tidak bermain hati manusia yg lain..

biarlah aku menjadi org terakhir yang kau lukai..


Monday, 9 March 2015

serius otak aku serabut..

serabut..

serabut..

aku sendiri dah rasa bingung..

perasaan, emosi..

bermain seribu benda.. 

bukak phone, tutup..
bukak lappy, scroll atas bawah, tutup..
baring, duduk, berjalan..

apa benda yang aku fikir aku sendiri tak tau..

looking for something..
tapi apa dia??

***************************************************

"I bukan apa.. sometimes i just feel lonely.. That's all.."

"Alah you ni, lonely ye.. Padahal i tgk insta fb slalu je keluar makan sana sini dengan kawan.."

"Kawan lain lah.. With them, mmg lar makan borak benda2 keje jgk.."

"Ok lah tu.. at least ada jugak peneman kan.."

"Alaaaa.. Kawan lain.. You sure lain.."

"I lain?? Ingat i ni apa?? Alien?? Hantu??"

"Hahaha.. Gigit nakk?? Bukan macam tu.. cuma you of course special.. bukan je i boleh borak n makan2 dengan you, i even can feel your warm.. itu pun kalau you sudi.."

"Apa yg you nak cuba sampaikan??"


***************************************************

otak aku meliar..

kejap sana kejap sini..

memang aku tak nafikan, kerap aku kemalangan..

asbabnya adalah otak aku yang tak pernah fokus pada satu..

mata duk sibuk tgk jalan, tp otak dah melayang kemana..

its easy to say, but its hard to do..

nak teruskan sebuah kehidupan penuh kepura-puraan..

perasaan pun turut berlakon..

ini semua demi kebahagiaan org yg aku tak pasti..

dia mahu pergi atau mahu kekal disisi..

MAMPUS.. apa aku nak kesah..

bawak diri je sudah.. tak perlu fikir lagi..

MAMPUS..

MAMPUS..

aku jua kelak yg merasa kepedihan..
yup, itu aku pasti..


*tiada kena mengena yg hidup atau mati, penulis ata pembaca.

Wednesday, 4 March 2015

Kau.dan.Aku.

Dari jauh aku melihat kau,
selama ini hanya menatap wajah di dalam telefon semata,
kini aku dapat melihat dengan lebih nyata,
kau mengukir senyuman dari jauh.

Kau berjalan segak tegak dan tegap,
mengenakan baju kemeja berkotak lengan pendek,
menampakkan bidang seorang lelaki berotot,
bersama jeans "straight-cut" berkasut hitam.

Kau berhenti dihadapan aku,
kau menghulurkan tangan untuk bersalam.
sekali lagi senyuman kau ukirkan di wajah,
Assalamualaikum ucapan pertama kau.

Aku membalas dengan Wa'alaikumussalam,
tangan aku hulur menyambut salam,
senyuman ku ukir menambah kemesraan,
hati aku mula berdegup kencang.

"Kau jangan expect macam2 dengan aku.."
kata2 yang kau berikan melalu pesanan WhatsApp,
dengan sekeping gambar yang kau hantar,
hanya bahagian kepala tidak menunjukkan susuk badan.

"Poyo lah kau kan.. Aku tak kisah, asal tak obvious sudah."
balas aku secara santai,
berserta "smiley" terjelir lidah,
aku tergelak keseorangan.

Kau dan aku berjalan seiringan,
kau orangnya tinggi,
ketinggian aku hanya mencecah bahu kau,
dua orang bagai langit dan bumi.

Kau yang membawa profil seorang profesional,
aku membawa diri sebagai seorang pelajar tahun akhir,
dua darjat yang sangat berbeza,
bagai bintang bersinar cerah dan bulan bersinar malap.

Aku bagaikan hilang dalam gelap,
ingin cuba berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah,
tetapi itu semua mustahil,
apatah lagi aku yang tidak punya apa-apa.

***********************************************

*semua diatas hanyalah rekaan semata-mata hanya untuk memuaskan fantasi pihak penulis.. ^_^

Tuesday, 3 March 2015

Lucu

HAHAHAHAHA,,,

gelak besar dlu baru start tulis..

persoalan yang aku terima secara personal adalah :

 >>> Kenapa background blog gajah?? then, header kucing.. PELIK..

Kenapa tak kucing dan ikan? or bapak ayam and anak ayam.. tak pun, bapak ayam and anak ikan.. kenapa gajah and kucing??

secara jujurnya, tak de jawapan yang spesifik dari aku.. aku just google wallpaper theme Animal untuk aku buat background.. then aku jumpa lar gajah.. yg lain tak lawa.. plus, aku suka Black and White.. 

aku manusia yang agak simple but complicated.. hahaha.. nampak benor complicated.. asal nampak sesuai cantik itu dh ok bg aku.. so, untuk blog aku tak suka main banyak warna sangat so aku pilih lah si GAJAH hitam putih ni.. 

untuk si KUCING plak.. 

aku suka kucing.. cuma aku ni sensitif dengan kucing sbb aku memang jenis selesema tak berhenti dgn bulu kucing.. hahaha.. sampai kecik2 dulu, mak aku bising kalau aku main dengan kucing.. bila dh besar ni tak de lah kena marah, mak aku siap bagi makan kucing yang datang rumah.. sbb anak2 dh besar and pndai jaga diri.. so kat rumah tu dah penuh kucing blakang rumah, datang makan.. bila xde makanan mulah lah bising bangooo... 

dulu ada bela 5 ekor kucing datang.. bela sampai bulu habis lebat.. dah lebat sedap gomol ttbe boleh hilang plak.. nasib baik mak kucing tu kenal rumah, balik jgk rumah.. yang anak2 hilang dh tak jumpa.. ttbe satu hari, mak bawak anak2 balik, tgk2 anak2 semua dh ada kolar kucing siap tulis nama kucing and alamat rumah.. pesan mak aku,

Biarlah nak.. orang lain mungkin jaga lebih baik dari kita jaga dia.. lagipun kamu semua dh besar, bukan nak duk rumah.. nnt dah pergi belajar siapa nak jaga..
So, dengan keterpaksaan biarlah mereka pergi.. huhu.. sedih mmg sedih, tapi mak kucing ni je yg satu2nya setia dengan mak ayah aku.. mak ayah aku siap update dalam group whtsapp family lagi,

Tengok ni.. si Ummi ni sibuk menggesel dengan ayah hang pa.. nasib baik kucing, kalau tak ibu dah suruh ayah tido luar dah..
Hahaha.. si Ummi ni mak kucing tu lah.. dia akan tnggu kat parking kete tunggu kete balik.. kalau ayah aku gi keje, ptg2 tu dia dh tnggu dh kat pagar rumah.. bila je kluar kete meow lah dia.. dia akan ikut lah ayah aku gi blakang rumah, tnggu masa dia bg makan..

kucing liar ni senang nak jaga.. tak payah risau sgt kencing berak dorg.. family aku sediakn pasir tmpat buang najis.. and yang aku tak boleh blah, boleh plak dia sibuk berak kat pokok ubi mak aku.. Hahaha.. mak aku xde lah nak bising sgt.. mak aku sempat lagi cakap,

Pi jirus BO anak2 korang tu.. bg jadi baja.. untung2 korang jgk makan ubi baja anak2 tu.. hahaha..

Aduhhhh.. mmg tak lah bila pkir macam tu kan.. so, korek lar najis dorg tu, letak atas surat khabar lama then letak balik dlm bekas pasir.. tnjuk kt dorg mana "toilet" dorang yg sebenar.. then, dlm semnggu je, trus semua BO n PU kat bekas tu.. mudah..

aku plak sibuk mengomel pasal kucing..

setel pasal gajah n kucing ye.. c ya..

Assalamualaikum
Selamat Malam..


En.Suami 2


"Assalamualaikum sayang.." 
"Wassalam.. Ye B.. Tak busy hari ni?" 
"Banyak keje lar sayang.. Stress, saja nak dengar suara sayang je.. Bagi hilang stress.." 
"Ni kan lunch hour B.. Dah makan? Zuhur dah?" 
"Belum sayang.. Stress pun tak hilang lagi. Tak de selera nak makan pun.." 
"Selera tak de nak makan ye.. Solat kira selera tak?" 
"Hehehe.. Ok2.. Nnt B solat ye.. Nak rest for a while, dengar suara manja sayang ni, then B pergi solat ok.." 
"Ok B.. Hari ni bawak bekal or makan luar??" 
"Hari ni B bawak bekal.. Jimat sikit macam sayang pesan.. Hehehe.." 
"Ok B.. Awok tu kena makan banyak ye.. Tau B.." 
"Baik boss.. Roger !! Muuaahhh" 
"Ni apa kes muaahh tibe2 ni??" 
"Kes rindu dengan suami kita ni.." 
"Hehehe.. Pandai amik hati ye.." 
"Ok sayang.. B nak prgi solat dulu then baru lunch.. Sambil lunch boleh buat keje sikit kat ofis ni.." 
"Ok my dear B.. Banyakkn minum air kosong tau B.. Sayang rindu B... Muuahh.." 
"Ni apa kes tiba2 muahh ni??" 
"Kes rindu dengan suami kita.. Hehehe.." 
"Esok nak hire peguam.. Ada orang curi ayat B.." 
"Make sure peguam yg handsome segak tau.. Hehehe.." 
"Sempat lagi menggatal ye.. Love You Sayang.." 
"Love you to B.. Assalamualaikum" 
"Wa'alaikumussalam Sayang."