Wednesday, 29 April 2015

Bulan menjemput..



Amat aku rindukan bulan, tapi apakan daya hujan di malam hari..
Bulan kau jelma tika beberapa detik menjelang subuh..
Sungguhpun begitu, tetap aku menunggu dan setia melihat kau hingga detik terakhir..

Moga kita dapat bertemu hari esok..
Akan ku tunggu setia jelma nya kau..

Ye, aku tunggu.
Setia menunggu.
Tunggu.
Aku.
Setia.




*Jemput dinner ye para pembaca, rakan2 sekalian..*


Saturday, 25 April 2015

Malam Tadi

Aku : Hurmm.. Saya dh mula rasa kusut.. Serba tak kena ja..

Kwn P : Kenapa ni?? Cuba cerita sikit.


Bermula lah perbualan aku dengan seorang kwn perempuan aku ni.. aku kenal dia pun kawan atas kawan.. She is supportive and byk nasihat.. Dia seorang yang bg aku elok orangnya, and dia sendiri buat association sendiri bersama dengan kwn and bekas pensyarah dia. association utk social-entrepreneurship, which is very good and noble.. huhu..

lepas sesi luahan perasaan, tiba2 terdetik kat hati aku,

' Kalau lah aku boleh kahwin, lepas habis semua ni aku akan masuk pinang kau.. '

tp, ternyata tu semua angan2 aje.. aku sendiri tak mampu nk bahagiakn diri aku, apatah lagi nak bahagiakn org lain... dia begitu sempurna, sedangkan aku cuma cibisan sampah yg lori sampah pun tak nak kutip -_-"

mmg tak disangkal, aku semenjak masuk sem baru ni, tido tak pernah ikut waktu.. pernah aku tak tido 2mlm berturut.. serba tak kena, serba tak jadi je semua benda..

pelbagai cubaan dugaan menimpa.. masalah?? ini semua bukan masalah, tp dugaan cubaan yg diberi oleh Tuhan Yg Maha Penyayang.. aku sndiri tak tau aku mampu pikul segala masalah ini atau tidak..

penat, letih, lemau segala benda ada.. belum pkir masalah bf.. hahaha.. ok abaikan part tu..
aku dah lama tak merasa indahnya sesebuah kejayaan, aku nak sangat kali ini aku dapat merasakan keindahan itu sekali lagi, dan buat kali terakhir sebelum aku menjejakkan kaki ke alam pekerjaan yg lebih banyak dugaan dan cubaan..

rakan2 sebaya aku kebnyakan nya dah bekerjaya sekarang, malah ada yg dh khwen and even berkenderaan sendiri dan rumah sendiri.. tp aku??

aku lambat "berjalan" di dunia nyata, sekarang aku masih lagi dalam proses bangun semula selepas terjatuh beberapa minggu lepas.. sungguh aku tak sangka, setiap arah yg aku pergi, ada sahaja mulut dan mata yg bercakap dn memerhati.. mulut yg berkata sinis pedas, mata yg melihat atas kebawah..

sesungguhnya ini semua dugaan.

aku rasa aku patut beredar dlu, kepala dah mula berdenyut.. doakan aku, dia dan mereka dapat terus hidup, dan mmpu menghadapi segala kesukaran..

Assalamualaiku..

Friday, 17 April 2015

Serabut sebenarnya,,

Dalam keserabutan dan pressure yg amat kuat sekarang aku malas nak pikir psl research/keje.. so, pg2 ni aku buka blogger and duk belek2 apa yg patut..

usha2 jgk kot2 ada org komen, ada jgk org komen blog kosong ni.. thnx ye.. =)

next, aku tgk followers, mcm ada muka baru.. nampak sgt aku jarang update kan.. hahaha..

aku klik sorg2 tgk and scroll blog sorg2 followers.. bukannya stalk, ini namanya mengenali.. hehehe..

dari segi penulisan, update, aku boleh nmpak followers aku ni bukan calang2 orang.. dari org prtama yg follow, smpai yg paling latest.. masing2 punya kehebatan and aura tersendiri..

dari yg post merapu (*isi masa lapang), yg psl peribadi pun ada, masalah keluarga, belum kira masalah putus cinta, kena rampas pihak ketiga, vacation, study, keje, sihat sakit, etc.. kdg2 boleh buat bahan gelak jgk kalau baca post sorg2..

kalau ada story psl sedih, aku pun turut rasa sedih and berdoa agar segalanya dipermudahkan..
yg happening, tu aku senyum je sorng2.. haha.. duk berangan kalau lah aku jadi si penulis tu, aku pun rasa happy giler.. tak de lar rasa burden stress mcm skarang ni.. hahaha
cerita pasal agama, alhamdulillah, ada sket ilmu aku dpt dr blog2 org2 senget ni.. hehehe =D
ada jgk yg post video, layan lagu dlm blog..

aku nk post khusus utk every each of my followers, susah kot.. sbb aku pun tak bnyk masa nk update blog ni.. bila ada masa luang, itu pun tak tentu.. lepas aku decide utk put aside keje aku, bru aku rasa nk bukak and update..

Hidup tak selalunya indah, Langit tak selalu cerah.

so, nak tak nak aku akan mngadap jugak research semua ni.. aku harap lah semuanya berjalan lancar.. i have to start from the scratch, penat, tp nk buat mcm mna.. terpksa, kalau tak, mmg smpai bila2 xhbis belaja, hbiskn duit mak bapak aje. ^_^"

Have a great weekend guys,, aku doakn korg semua bahagia selalu and harap semuanya dipermudahkan urusan..

Bg mereka yg bergembira, ingtlah mereka yg kurang bernasib baik..
Bg mereka yg kurang bernasib baik, ingtlah masih ada mereka2 yg tidak bernasib baik..
Bg mereka yg tidak bernasib baik, ingatlah, sesugguhnya, Allah itu Maha Penyayang, dan mnguji setiap insan dengan perkara yg mereka terdaya..

till here guys..

assalamualaikum..

Monday, 13 April 2015

1st time..

Assalamualaikum..

1st time aku try post guna apps "Blogger" dalam phone.. Kalau menjadi, maybe its easier for me to update everything here only by my phone..

Kalau nak mengadap laptop, susah sikit since aku ni duk sebilik dengan budak str8.. Nampak aku tulis story mcm pelik plak.. Hahaha..


Siap boleh attach gmbr lagi.. Ini mmg nice.. Hehe..

Aku rasa rmai blogger luar sana yg dh lama guna apps ni.. Same goes to me, cuma bru kali ni aku rasa nk cuba update since blog aku dh bersawang..

Ohhh, ckp psl sawang aku tringt satu kisah.. Bila aku bersama dgn budak2 kecik byk je bnda yg aku tersedar..

*************************************

Cikgu : "Ok murid2, pagi ni kita kemas kelas ok.. Kita sapu lantai, buang sawang dn bersihkan sudut belakang kelas ye.."

Budak2 : "Baik cikgu.."

Lepas bbrpe minit kemudian,
Budak A : "Weihhh.. Janganlah.. Kau ni jahat.. Dia baik tau.."

Cikgu : "Kenapa ni A?? Tak nak gaduh.."

Budak A : "Dia cikgu, dia halau labah2 tu.. Kesian labah2 tu, lpas tu dia nk bunuh plak.. Mana boleh.."

Cikgu : "Tak pe lah A.. Kan kita nak kemas kelas.. Nak bersihkan sawang2 sekali.."

Budak A : "Tapi cikgu, labah2 tu baik.. Dulu masa Rasulullah S.A.W. kena kejar dengan org jahat, labah2 jugak yg jadi bodyguard org jahat.. Dia jaga gua Rasulullah S.A.W.."

Cikgu mula terdiam.. Dan terpaku..

********************************

Cuba kita tempatkan diri kita kat tmpat cikgu tu.. Apakah jawapan kita?? Apa perlu kita tnggalkan keadaan sedemikian tnpa jawapan?? 

Aku?? Huhu.. Pasti aku akan terdiam.. Ilmu didada sungguh cetek, apatah lagi amalan aku..

Fikir2kn sejenak ye guys..


Selamat Malam.. Assalamualaikum.. 😊😊